PEMAKLUMAN:BAYARAN YURAN PERLU DIBUAT SELEWAT-LEWATNYA PADA 5 HB DISEMBER. KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN ANDA AKAN DIDENDA TAMBAHAN MASA 1O MINIT BAGI SETIAP INDIVIDU.SEKIRANYA TERDAPAT 6 ORANG DALAM KUMPULAN ANDA BELUM MEMBAYAR YURAN MAKA 60 MINIT AKAN DITAMBAHKAN DALAM CATATAN MASA KUMPULAN ANDA. HARAP MAKLUM...    

Monday, December 22, 2008

Post mortem: Uji Lasak - Explorace III 2008

Sila berikan komen anda tentang program ini dengan menghantar segala butiran di bawah ke ismiaa@gmail.com . Setiap individu yang menghantar maklumat ini akan mendapat "cenderamata" daripada penganjur Explorace III 2008.

Sila komen dalam bentuk "point" atau esei

1. Kekuatan program Explorace
2. Kelemahan program Explorace
3. Cadangan Memperbaikinya

Nama:
No. Tel:
Kumpulan:

Selamat menghantar komen anda... nantikan sesuatu yang menggamit memori explorace 2008 menjadi milik anda.

Thursday, December 11, 2008

Pertemuan dan perpisahan

Selamat berjuang

Kepada :

semua pelajar tingkatan 5 SMIAAG

Selamat mengikuti program

Uji Lasak - Exporace III 2008

"Semoga Allah memberikan kejayaan

kepada kalian di dunia dan di akhirat

...Amin"


"Berjihad Demi Allah dan Rasul"

"Memperkasakan Generasi Soleh Wa Musleh"

Monday, November 3, 2008

Sunday, October 19, 2008

PEMARKAHAN DAN PEMENANG

PERATURAN UMUM EXPLORACE

1.PESERTA HANYA PELAJAR SMIAAG T5 2008
2.PENYERTAAN BERKUMPULAN 4-6 ORANG
3.BENDERA KUMPULAN-WAJIB
4. SEKIRANYA TERDAPAT UNSUR PENIPUAN TINDAKAN TATATERTIB AKAN DIAMBIL DI CP TERSEBUT. PESERTA BOLEH MENERUSKAN PERTANDINGAN DI CP SETERUSNYA.
5.PESERTA PERLU AKUR DENGAN ARAHAN PENGANJUR TERUTAMA PAKAIAN, DISIPLIN DAN KESELAMATAN.
6.SEBARANG PENARIKAN DIRI PERLU DIMAKLUMKAN SEBELUM ATAU SEMASA PERTANDINGAN BERLANGSUNG.
7. SETIAP KUMPULAN PERLU MELANTIK SETIAUSAHA UNTUK MENCATAT PERISTIWA, MASA DAN PERKARA PENTING YANG BERLAKU UNTUK DISERAHKAN KEPADA PENGANJUR BAGI TUJUAN DOKUMENTASI.

Pemarkahan dan pemenang

1.Setiap kumpulan dinilai dari segi masa dan markah.
2.Kumpulan yang menamatkan tugasan dengan Masa
yang paling singkat
dan markah yang paling banyak
akan dianggap pemenang.
2. Kumpulan yang mempunyai masa yang sama akan
dinilai melalui perbezaan markah untuk menentukan pemenang.
4. Setiap tugasan yang telah diselesaikan diberikan 10
markah
dan denda 10 minit bagi tugasan yang gagal.
5.Contoh kiraan markah dan masa;

Contoh A : Kumpulan A mengambil masa 2 jam di Check
point 1 dan telah menyelesaikan hanya 4 tugasan daripada 5 tugasan yang diminta. maka kiraan masa dan markah adalah seperti berikut;


Masa yang diambil = 2 jam
Markah 4 x (10 markah) = 40 markah
Denda: 1 x 10min = 10 minit akan ditambahkan (gagal melaksanakan satu tugasan)
Jumlah masa sebenar ialah : 2 jam + 10 minit = 2 jam 10
minit dan 40 markah


Contoh B : Kumpulan B mengambil masa 2 jam di Check point 1 dan telah menyelesaikan semua 5 tugasan yang diminta. maka kiraan masa dan markah adalah seperti berikut;

Masa yang diambil = 2 jam
Markah 5 x (10 markah) = 50 markah
Denda: 1 x 10min =( tiada denda kerana semua tugasan selesai)
Jumlah masa sebenar ialah : 2 jam dan 50 markah

6. Masa berlepas dan tiba akan dimaklumkan kepada
peserta untuk dicatat untuk tujuan semakan.
7.Setiap hari keputusan masa dan markah harian akan diumumkan.
8.Semua masa dan markah akan dijumlahkan untuk menentukan pemenang.
9.Proses pengiraan masa dan markah serta keputusan pemenang akan dilaksanakan oleh Ketua Hakim dan
Juri yang telah dilantik.

10. sebarang bantahan masa dan markah hendaklah
dibuat semasa tempoh bantahan dibuka.
11.Sekiranya peserta mengalami kemalangan masa
akan dihentikan untuk rawatan.
12.kiraan Masa akan dimulakan sekiranya peserta benar-benar faham tugasan mereka.
13.Kiraan masa akan dihentikan setelah semua
tugasan disemak
.

Hal-hal umum pertandingan

1.Pertandingan ini berkonsep perlumbaan berkumpulan.
2.Tidak semesti semua peserta dalam kumpulan mesti melaksanakan tugasan.
3.Sekiranya terdapat ahli yang tiada kemahiran (berbasikal, kayak dsb) maka mereka boleh dikecualikan.
Tetapi tugasan itu dilaksanakan oleh ahli yang lain dalam kumpulan yang sama.
4. Sebarang masalah,(kecederaan, sakit dll) boleh diadukan kepada unit Keselamatan, Ajk Keselamatan, Jurulatih terlibat atau di no: 013-2559515 (Ust Idris) atau 014-8040483 (Ustz Hafizah atau 0173921665 (Ust Hasnan)
5. Semua kenderaan Awam telah ditetapkan dan disedi
akan oleh penganjur. Kenderaan persendiriaan dilarang sama sekali.
6.Semua peserta tidur ditempat yang telah disediakan
7.Sebarang penarikan diri daripada progran hanya atas alasan kesihatan yang dibuktikan oleh laporan bertulis doktor berkaitan.

8. Kegagalan menyertai program ini akan menyebabkan anda gagal memperolehi 10% merit kokurikulum yang memberikan masalah untuk
pemilihan kursus di IPTA, biasiswa dan pinjaman pendidikan.