PERKHEMAHAN UJI LASAK
SYABAB FATAYAT 2007
1.0 MUQADDIMAH
Perkhemahan Uji Lasak Syabab Fatayat 2007 ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Ekstra Kokurikulum sebagai satu usaha untuk menerapkan aplikasi ilmu yang telah dipelajari oleh ahli-ahli pergerakan sepanjang mereka berada di Sek. Men. Islam Al-Amin ini. 100% daripada program ini melibatkan aktiviti luar (outdoor) yang bakal menguji ketahanan pelajar dari aspek fizikal mental mahupun rohani. Program Perkhemahan pada kali ini akan ditunjangi oleh tema ‘ Memperkasa Generasi Soleh wa Musleh’.
2.0 OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan untuk merealisasikan beberapa objektif iaitu:
a)Mendedahkan pelajar terhadap keadaan realiti yang memerlukan aplikasi ilmu yang dipelajari dalam Pergerakan Syabab & Fatayat
b)Menguji ketahanan mental dan fizikal anggota Syabab & Fatayat
c)Menerapkan konsep kerjasama dan kepimpinan antara anggota
d)Sebagai kesinambungan terhadap program-program yang pernah diikuti oleh anggota Syabab & Fatayat sebelum ini.
3.0 TEMPAT Program
Selangor, Kuala Lumpur dan Perlis
4.0 TARIKH DAN MASA
14-17Disember 2007
5.0 METODOLOGI
Program ini menuntut kecekapan dan kemahiran pelajar untuk mengimplementasikan setiap ilmu yang telah dipelajari melalui aktiviti Syabab & Fatayat sejak mereka berada di Tingkatan Satu lagi. Konsep program akan menggunakan pendekatan ‘Explorace’ iaitu perlumbaan antara kumpulan. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu baru berbentuk praktikal sepanjang program ini berlangsung.
6.0 ANJURAN
Jabatan Ekstra Kurikulum, Sekolah Menengah Islam Al-Amin
7.0 KERJASAMA
Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Alumni
Jabatan Pertahanan Awam , PIBG Smiaag (kelab Kelas tingkatan 5)
8.0 SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 5
9.0 GURU PENGIRING & JURULATIH TERLIBAT
6 orang guru pengiring, 2 Jpa3, 6 alumni
11 orang jurulatih dari Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
10.0 STRUKTUR ORGANISASI
Sila rujuk lampiran A
11.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran B
12.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk lampiran C
13.0 PENUTUP
Pihak penganjur amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi merealisasikan objektif yang telah digariskan. Semoga anggota Syabab & Fatayat yang mengikuti kursus ini akan lahir sebagai individu yang tahan lasak, kreatif, inovatif dan berkepimpinan sebagai persediaan untuk mewarisi tunggak kepemimpinan Negara pada masa hadapan.
Disediakan oleh,
……………………………………
(NURUL ARSYIAH BT. ABD HALIM)
Pengarah Program
No comments:
Post a Comment